bismillahirrahmanirrahim.
kahwin? perkara penting dalam hidup kot. tak kesah laa kahwin lambat ke kahwin awal ke. tetap penting kann. kalau aku laa, aku nak kahwin awal. ni bukan pasal gatal ke ape. it just kalau da jodoh kau dan da tiba masa untuk kau kahwin, kau elak macam mana sekalipun, dia tetap dengan kau. aku kalau boleh, umur 25 da kahwin da.
bersedia ke nak jadik bini orang, mak orang? kau tanya aku? of course le tak sedia lagi. yelaa. masak pun tak berapa pandai. nak belajar masak? ada masa pulak. da tu, kenapa berangan nak kahwin awal? dude, tak salah kann kalau berangan pun. salah ke kalau aku nak kahwin awal? aku bukan susahkan kau pun.
kau nak kahwin, duit ade ke? hei. duit? aku mana laa ada duit. da tu, nanti kalau kau kahwin awal laa kan, kau nak pakai duit sape? laa. small the matter laa beb. duit simpan dalam bank kan ada. tak pun, pinjam sedara mara. tak payah le kahwin tu buat majlis grand macam retis. jemput jiran dua tiga keluarga, sedara mara, kawan dua tiga orang, sudah. jimat duit. orang nak terasa ke hape ke, lantak ahh. yang penting kan akad nikah je kann.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya. Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)
see. lagi murah mas kahwin, lagi bagus. kalau aku laa. duit yang aku ada tu, aku simpan untuk anakanak aku je. takde nye aku nak buat majlis besarbesar. buat kecikkecik sudah. tak membazir. kan kan.
kau belajar tak habis lagi, da fikir pasal kahwin? sayang, kalau kau tak fikir sekarang, bila lagi kau nak fikir? tunggu kau ada duit berjutajuta, baru nak fikir pasal kahwin? macam tu? tunggu rambut dari warna hitam tukar warna putih, baru sibuk nak cari jodoh? sekarang ni ramai je yang kahwin masa belajar. its all about time management je. pandaipandai laa bahagi masa untuk belajar dengan rumahtangga. kann.
lagi satu, kahwin tu kan tuntutan agama. da tu, boleh elak zina. yelaa. kalau memalam kerjanya duk berbual dengan pakwe kat phone, kan menghampiri zina kann. kot. da tu, yang jantannya ke hulu ke hilir bawak anak dara orang macam bawak bini. kalau kahwin awal, kau nak peluk bini kau depan orang pun sape kesah? tapi biasanya yang duk peluk melekat sampai angin nak lalu kat celah mana mana laa pun tak boleh tu, yang tu yang belum kahwin. orang da kahwin ni mesti tahu malu nak peluk peluk depan orang.
lagi ape ek? em. haa. ni. kalau kahwin awal, insyaAllah mesti dapat anak awal kann. hari semalam punya semalam, aku keluar pergi changlun. tengok orang jalan bawak anak. alaahai. bestnya laahai jalan bawak anak. ni bukan nak kata aku gatal ke hape. sape je yang kalau kahwin, taknak anak? kalau ada, tu BODOH namanya. baik takyah kahwin kalau taknak anak. aku taknak laa umur 30++ baru nak ada anak. kalau boleh kann, sebelum umur 30 aku da ada dua orang anak.
kau tak takut ke nak melahirkan? dude, sape yang tak takut? habaq mai. for sure aku takut. bab bab melahirkan ni, jangan tanya. serius takut. kalau nak tanya, tanya pasal nak anak berapa orang, nak bagi anak nama ape. tu boleh laa. hee.
kau belum kerja and takde duit, kalau kau kahwin and then dapat anak awal, kau nak bagi anak kau makan ape? sayang, sebab tu laa kalau nak kahwin tu jangan pilih rupa. jangan jadik BODOH laa.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
tu kalau untuk lelaki kann. sama je laa untuk kita kaum hawa. first, tengok HARTA dia. kalau dia takde harta pun, tapi rajin cari nafkah untuk kau, takpe kann. jangan cari suami yang pemalas. lepas tu tengok dia tu macam mana. agama dia. kalau dia pandai jaga agama dia, insyaAllah dia boleh jaga bini dengan anak dia.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
then, kalau nak memilih tu berpada pada laa. kalau kau demand nak yang sempurna, memang tak kahwin laa kau sampai tua. nak yang tinggi laa, yang handsome laa hape laa. kau tak tengok diri kau. cantik ke tak ke. pandai pulak nak pilih yang elok elok je padahal diri tu tak elok.
"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)
kalau laki kau kata dia nak kahwin baru, kau nak bagi tak? yelaa, kau kan kahwin awal, masa tu mata dia tu tak nampak perempuan lain. mata dia nampak kau je. kau nak bagi tak kalau dia nak kahwin lain? sis, kalau aku laa. aku tak bagi walaupun dijanjikan payung emas semua. kalau hati tak ikhlas pun buat hape kan. aku taknak kongsi laki aku dengan perempuan lain. tak sanggup. ni laa orang lelaki, terlebih sangat kasih sayang. sampai nak kahwin banyak. serius laa aku kata, aku tak sanggup kalau laki aku nak kahwin lain.
"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)
haha. sebenarnya aku bukan nak cerita macam ni. tapi da terpanjang sangat. malas nak taip balik. aku nak cerita yang aku suka tengok orang bawak anak je. aku pun teringin nak ada anak jugak. hee. tu je laa kot. yang pasti, kalau kau jadik laki aku, aku akan pastikan kau tak terniat pun nak berpoligami. kbai. assalamualaikum (:
p/s : ce teka. ce teka. aku nak anak berapa orang?







No comments:
Post a Comment