Wednesday 18 January 2012

semester break.

pukul 11.30 pagi 17.1.2012 aku selamat menghabiskan peperiksaan akhir sem 1 kat uum. lepas tu pukul 10 pagi 18.1.2012 nak berangkat balik muar. cukup laa kot cuti sampai 25.1.2012. takpe, demi negara tercinta cuti sekejap terasa lama. cehh. ullak. palapes oo palapes.

okay. lepas ni naik cuti da tak duduk yab da. kena duduk bsn. aku sayang yab ni haa sebab ada ramai kawan. boleh buat bising sesama. semua sesama. lepas ni pindah bsn mesti da tak rapat walaupun sama u. nasib ada kelas yang sama. aku rasa 3 bulan ni macam lama gila. aku sedih nak tinggalkan yab ni. satu, sebab ada korangkorang yang aku sayang walaupun baru kenal. kedua, sebab ada sicintahati aku. lepas ni tolong tengok tengokkan sicintahati aku ea. hee. yang masih kat yab ni jangan lupakan aku pulak. aku pergi bsn je. tak jauh mana pun. dila, meen, salwa, ieyla, fiqah, encot, sabeq, nad, wawa dan ramai lagi tak tersenarai. yang pindah sesama dengan aku tu sila cambahkan lagi benih kasih sayang tu ye. yang ni khas untuk pka dengan bee.

yang last sekali walaupun yang paling penting. rumate aku. nur adila binti husny. lepas ni kita da tak sebilik. sedihnya. yelaa. lepas ni aku kena berdikari. selama ni nota semua aku amek dari kau. mentang mentang sama kelas sama course. kann. just aku mintak, kau halalkan makan minum aku. barangbarang yang kau belikan untuk aku. tau. hee. takde da nak tengok kau download lagu, video semua. takde daa nak tulis note kecik suruh kejut aku kann. lepas ni takde daa naik kereta pergi kelas sesama dengan kau. naik sem dua aku da sendiri. takde nak mainmain dengan kau dila. sedihnya.

sedih pun sedih jugak. tapi disebabkan ni sem break kann. aku eksaited gila nak balik rumah. nak makan mee bandung dan semuasemua yang aku tak dapat rasa kat uum. yeahh. muar. yelaa. bukan selalu dapat balik. ingat kedah dengan muar tu dekat ke? 9 jam 30 minit duduk atas bas. sakit bontot punggung tau tak? da tu, banyak pulak barang yang aku bawak balik. balik seminggu je pun, sampai dua tiga beg. haih. okay. malas nak merepek lagi. tak tahu nak taip ape dah. otak da kosong. baru habis exam kann. esok nak tidur je dalam bas.

kbai. assalamualaikum.

p/s : tuhan aturkan antara kita satu pertemuan. dan akan ada perpisahan di setiap pertemuan.

Thursday 5 January 2012

tak payah nak mengejar cinta sangat la sayang. lebih baik kejar citacita daripada kejar cinta kann. ♥

aku mudah jatuh hati kat lelaki. so what? sape kesah kot. asal nampak lelaki handsome je, mata mula laa tak kelip kelip pandang lelaki tu. ape punya perangai laa aku ni. suka je kot. menghargai keindahan ciptaan Allah. cara tak menghalalkan niat. niat tu da betul, tapi cara pulak salah. haih.


okay, nak bagitahu yang hati aku tengah berbunga cinta sekarang ni. alaa. syok sendiri je. tah bila sicintahati aku ni nak perasan yang aku suka dia agaknya. penat laa menunggu. haha. aku ni suka berangan. kawan aku da panggil aku 'minah jenin'. apekah? hee. belajar pun tak pandai, ada hati nak bercinta. belajar kasi habis dulu ye syu, baru nak menggatal. kejar citacita dulu. lelaki kat manamana boleh cari. nanti masa kerja, mana tahu jumpa jodoh dengan orang sama tempat kerja ke. wat lek sudah laa sayang. baru masuk DUA PULUH TAHUN. ada masa nak mencari cinta. haha. kbai. assalamualaikum (:

p/s : “seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu. seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu, walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaan ku”.

Monday 2 January 2012

final exam !

orang sambut tahun baru tengok bunga api. aku duk depan lappy melagha padahal ada exam esoknya. 'aku dengan facebook bagai aur dengan tebing'. boleh bayangkan tak betapa rapatnya hubungan kami? okay. tutup mata. tenangkan fikiran. tutup mata tu dulu. okay, dapat bayangkan tak? alkisahnya, aku sedang dalam peperiksaan akhir sem 1 sebenarnya. rasa macam baru je masuk UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ni. tiba tiba da exam final. ape ape pun, aku da usaha. result tak okay, salah aku. tak salahkan orang lain pun. i can do ANYTHING ! just not EVERYTHING ! okay ! peace yaww !

p/s : good luck buat sahabatsahabat yang tengah exam. buat yang terbaik tau korang.